Hala Tuju Manusia Yang Beriman


Assalamualaikum,

Banyak perkara yang kita masih tidak tahu tentang kejadian manusia objektif kita diciptakan. Sebagai umat Islam, kita percaya (beriman) pada tuhan yang satu, yang esa, yang maha agung iaitu Allah S.W.T. Ekspedisi penerokaan al-Quran aku telah pun bermula, dan di sini aku mencari kebenaran.
Apa yang kita perlu buat untuk jadi di antara orang-orang yang beriman? Di dalam al-Quran, ada beberapa ayat yang bermaksud:

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
- Surah al-Baqarah, ayat 3-5

Daripada ayat di atas, kita sepatutnya percaya akan wujudnya alam ghaib dan makhluknya, juga mendirikan solat dan membayar zakat. Selain itu, kita tidak patut menolak akan wujudnya kitab-kitab Allah yang terdahulu iaitu Taurat dan Injil (Bible). Cuma masalah di sini ialah ada manusia yang telah mengubah maksud dan kandungan kitab-kitab ini demi kepentingan peribadi. Bagaimana nak tahu keaslian kitab-kitab lama ini wallahualam. Yang pastinya, diketahui, kitab-kitab lama ini masih ada yang asli dan cuma terdapat di beberapa tempat sahaja di dunia (salah satu tempat adalah Jerusalem). Kita juga mesti percaya akan datangnya Hari Akhirat. Inilah hala tuju kita yang sebenarnya, Akhirat.

Dalam dunia yang semakin moden ini, kita semakin alpa, lalai, dan terikut-ikut dengan kehendak orang-orang yang zalim supaya kita terus mengejar duniawi. Siapa dia orang yang zalim ini? Mereka lah orang-orang yang berkuasa di dalam kerajaan Amerika dan sekutu-sekutu mereka. Kita tewas dengan dakyah-dakyah mereka yang berteraskan kepercayaan kepada Lucifer (Iblis).

Oleh itu sahabat-sahabatku, marilah kita bersama-sama kembali kepada tujuan asal penciptaan kita, menyerahkan setulus hati kepada tuhan yang satu, yang maha agung, Allah S.W.T. Ingatlah pada perkara-perkara ini:
  • percaya pada kewujudan perkara-perkara ghaib
  • mendirikan solat
  • mengeluarkan zakat
  • percaya kepada al-Quran dan kitab-kitab yang terdahulu (Taurat & Injil yang ASLI, yang tidak pernah diubah kandungan dan maksudnya)
  • Hari Akhirat (destinasi terakhir manusia, objektif sebenar)
Allah telahpun berjanji akan memberikan petunjuk, janganlah kita lupa mengapa kita diciptakan.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Subscribe via email

Related Posts with Thumbnails

Tags